- Awal Madinah
- Bersama Ustaz Sanusi Ahmed atau Pegawai BAPA
- Dari 16 Dec – 26 Dec 2026
- Kerjasama Sekolah Ugama Raden Mas dengan Travelwave
- Mengumpul Dana untuk MADRASAH TAHFIZ
Overview
BAPA memerlukan pembiayaan segera untuk menubuhkan sebuah bangunan khusus yang membolehkan Sekolah Ugama Radin Mas (SURM) berfungsi sepenuhnya sebagai sekolah dan mengembangkan program Tahfiznya di Singapura. Inisiatif ini akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang stabil dan kondusif untuk pelajar, memastikan pemeliharaan dan pertumbuhan pendidikan Al-Quran untuk generasi akan datang.
Trip Highlights
- Ziarah Raudhah
- Ziarah Masjid Quba dan Masjid Qiblatain
- Muzium Gua Hira dan Jabal Nur
- Haramain Speed Train
- Lawatan ke Taif
Itinerary
Pakej Umrah Awal Madinah menawarkan perjalanan bermula dengan menziarahi Masjid Nabawi di Madinah sebelum ke Makkah untuk ibadah umrah. Pakej popular merangkumi tempoh 10 Hari 11 Malam termasuk penginapan, pengangkutan (termasuk kereta api laju), dan ziarah ke tempat bersejarah seperti Masjid Quba dan Jabal Uhud.
Para jemaah dijadualkan berkumpul di Lapangan Terbang Changi. Taklimat ringkas dan semakan dokumen perjalanan akan diberikan oleh mutawif sebelum penerbangan.
Pesawat dijangka tiba di Lapangan Terbang Madinah pada waktu pagi. Setelah selesai urusan imigresen dan bagasi, jemaah akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan rehat.
Seterusnya, jemaah akan menunaikan solat di Masjid Nabawi dan menziarahi Raudhah. Waktu selebihnya adalah acara bebas untuk beribadah dan menenangkan diri di kota suci ini.
Jemaah berpeluang meluangkan masa dengan beribadah di Masjid Nabawi serta menziarahi Al-Raudhah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seterusnya jemaah dapat menikmati waktu lapang untuk berihat dan berzikir.
Program diteruskan dengan lawatan ke beberapa lokasi bersejarah seperti Masjid Quba - masjid pertama dibina oleh Rasulullah (SAW), Masjid Qiblatain, Medan Perang Uhud, dan Perkuburan Al Baqi. Setiap lokasi mengandungi kisah perjuagan, ketabahan dan keimanan yang mendalam untuk di renungkan bersama.
Selepas bersarapan, jemaah akan menaiki Haramain Speed Train menuju ke Makkah Al-Mukarramah. Setibanya dihotel, jemaah akan diberikan masa untuk berehat sebelum bersiap untuk menunaikan Umrah pertama dengan bimbigan mutawwif. Setiap langkah diiringi Talbiyah dan doa agar ibadah diterima dengan sempurna.
Hari ini dikhaskan untuk ibadah peribadi. Jemaah digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat, membaca Al-Quran dan berzikir disekitar Masjidil Haram. Waktu bebas ini memberi ruang untuk setiap jemaah merasai kehadiran Allah (SWT) di dalam setiap sujud.
Lawatan ke kota Taif, destinasi penuh bersejarah dakwah Rasulullah (SAW) yang mengajar erti kesabaran dan kekuatan hati. Selesai lawatan, jemaah akan kembali ke Makkah untuk menunaikan Umrah kedua.
Hari rehat yang memberi peluang kepada jemaah untuk menumpukan kapada ibadah peribadi, zikir dan muhasabah diri di persekitaran Masjidil Haram yang pernuh keberkatan.
Lawatan ke Muzium Hira dan Jabal Nur, tempat bersejarah di mana wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah (SAW). Aktiviti ini memberi peluang untuk memahami perjalanan kerasulan dengan lebih mendalam dan menghargai pengorbanan Nabi (SAW).
Jemaah dapat menunaikan solat solat wajib, sunat, berzikir dan berwakaf untuk mencari kerberkatan dan ketenangan yang menjadi kemuncak ibadah sepanjang berada di Makkah.
Selesai sarapan, jemaah akan daftar keluar hotel pada jam 12:00 tenggah hari. Sebelum bertolak, jemaah akan menunaikanTawaf Wada' (Tawaf Selamat Tinggal) sebagai simbolperpisahan dengan Tanah Suci. Kemudian bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk penerbangan ke Singapura.
Pesawat dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi Terminal 1.
Alhamdullilah, jemaah pulang dengan hati yang lebih tenang, membawa pulang pengalaman rohani yang mendalam dan kenangan yang abadi.
Includes / Excludes
Pakej Termasuk
- Makanan 3 Kali Sehari
- Hotal Penginapan
- Mutawwif dan Pegawai
- Cabin Bag
- Ihram / Telekung
- Buku Panduan
- Air Zam Zam
- Tiket Haramain Speed Train
- Tiket Penerbangkan
- Day Tour
- Coach Selesa dan Berhawa Dingin
Pakej Tidak Termasuk
- Visa Umrah
- Travel Insurance Peribadi
- Vaksinasi
- Bagasi Berlebihan
- Perbelanjaan Peribadi
- Aktiviti & Pengangkutan Tambahan